>> Tuesday, December 1, 2009

Ternakan cacing komposUtk makluman Cacing Harimau (Tiger Worm / Eisenia Foetida) adalah salah-satu species cacing yg tergolong didlm kumpulan cacing kompos / pengomposan. Selain itu beberapa spesies yg sesuai digunapakai utk industri Vermikultur / Vermikompos dlm keadaan negara Malaysia termasuk:1. Cacing Merah (Red Worm / Lumbricus Rubellus).2. African Nightcrawlers / Eudrillus Eugeniae.
3. Pheretima Elongata.4. Cacing Biru (Blue Worm / Perionyx Excavatus).
Setiap satu spesies di atas ada kebaikan / kelemahan yg perlu diambilkira bergantung atas objektif sebenar masing2.
Contoh Bekas untuk menternak cacing kompos adalah 15 kakiX 60 kaki untuk skala besar.
Makanan bagi cacing ternakan adalah semua jenis sisa organik i.e. sisa kandang, sisa pertanian, sisa dapur, sisa industri dll asalkan ianya organik boleh diguna-pakai & dimanfaatkan sebagai bahan makanan dlm sistem Vermicomposting. TETAPI, setiap satu perlu diSTABILKAN.
Sisa makanan TIDAK SEMESTINYA membiakkan ulat. Kalau lalat mula bertelor & membiak bermakna sistem sdr:1. Terlalu basah.2. Berbau busuk.3. Masam / Acidic pH rendah dll.
Kalau media terlalu basah ia akan menjadi “anaerobic” (tidak beroksigen) dan menggalakan bakteria penghurai nitrogen (anaerobic microbes) dan mengakibat fermentasi kpd sisa buangan tsb. Bau busuk itu adalah ammonia yg dikeluarkan hasil penghuraian nitrites.
Cadangan cara mengatasinya:1. Kawal kelembapan media – kalau terlalu basah, taburkan & gaul “bulking agent” spt kertas carik (shredded paper), habuk sabut kelapa (cocopeat) dsb utk menyerap kelembapan.2. Sistem perlu ditutup dengan jaring halus utk mengelakkan lalat & perosak2 lain.3. Makanan diletakkan cuma di permukaan shj utk mengelakkan fermentasi. Jangan dibenamkan dlm media.4. Jgn beri makan terlalu berlebihan (overload). Jumlah makanan seharusnya seimbang dgn jumlah cacing.
Walaubagaimanapun, cara utk skala kecil2an dan skala besar agak berbeza bergantung kpd keadaan setempat.
Dari dlm rumah (sisa dapur):1. Lebihan sayur dedaun & kulit buah2an (di bilas dulu – elakkan sisa bahan kimia. elakkan kulit limau)2. Lebihan Nasi (di bilas dulu – jgn bercampur minyak / kari / sambal dll)3. Hampas teh & kopi. Ni favourite dia (di bilas gulanya dulu – elakkan semut)4. Kulit telur yg di hancur halus.5. Lebihan roti walaupun dah berkulat, pizza dll (hati2 jgn terlalu banyak kerana ia akan “menapai” dan “panas”)6. Tisu terpakai yg telah guna lap mulut.7. Kertas bungkusan (jgn berminyak)
Dari luar rumah (sisa laman):1. Dedaun & rumput kering (kalu boleh dicarik dulu. Lebih kecil lebih baik)2. Dedaun & rumput hijau (hati2 jgn terlalu banyak kerana ia akan “menapai” dan “panas”)3. Buah2an yg luruh & rosak.
Dari pejabat:1. Kertas yg dicarik (elakkan yg berwarna & dicetak dgn “inkjet”)2. Tisu terpakai yg telah guna lap mulut.
Dari persekitaran berdekatan kita (sambil2 kita berulang-alik):1. Hampas tebu, pisang dll dari warung2 (di bilas gulanya dulu – elakkan semut & getah).2. Sisa sayur2an, buah2an dll dari pasar, kedai runcit dll.3. Kalu di utara mungkin mudah mendapatkan Jerami padi dll.
Kalu boleh bahan2 ini dikumpul setempat dan dikomposkan sedikit agar ia “menapai” dulu dan tidak panas bila diberi makan ke cacing.
Nota: sesuai digunapakai utk SKALA KECIL ya. Jika SKALA MENENGAH ATAU BESAR caranya agak berlainan.
Langkah pencegahan hama di dalam medium ternakan cacing:
beberapa kaedah telah dicadangkan untuk memerangi hama dari bermaharajalela di dalam media.. perlu diingat bahawa apa jua cara untuk memerangi hama, mahupon menggunakan kimia atau fizikal cuma memberikan kesan sementara.. melainkan kaedah penjagaan yang tersangat rapi untuk mengawal hama..
1- dedahkan media kepada cahaya matahari untuk beberapa jam. kurangkan penyiraman dan pemberian makanan.. hama benci keadaan sedemikian lantas meniggalkan media..
2- letakkan surat khabar lembap di atas media dan buang setelah dapat diperhatikan hama banyak mengerumuni surat khabar tersebut.. ulangi langkah ini hingga populasi hama dapat dikawal
3- letakkan hirisan tembikai, sengkuang atau ubi di atas media.. hama suka dengan kemanisan kulit dan hirisan buah tersebut lantas mengerumuninya.. kemudian hirisan kulit atau buah itu bolehlah dibuang atau ditanam.
4- siram air banyak banyak tapi jngan sampai banjir.. hama akan lari ke permukaan, manakala cacing pula akan lari kedalam.. lepas tu gunakan penunu bunsen dan bakar permukaan media tersebut.. kaedah ini boleh diulangi beberapa kali, selang 3 hari jika perlu.
5- gunakan buah limau sunkiss.. hama selain suka pada keadaan manis, ia juga sangat menggemari buah yang masam.. kaedah seperti kaedah ke-3
Sumber : Afzal Agrical Agrotech
Vermicomposting ni adalah salah-satu cabang dari composting science. Utk mengetahui secara mendalam kena kaji secara ilmiah:1. Vermicast = 100% tahi cacing
Mempunyai nilai pH antara 6.5-7.5
Kandungan vermicast…
• Organic Carbon 20.43 – 30.31 %• Nitrogen 1.80 – 2.05 %• Phosphorus 1.32 – 1.93 %• Potassium 1.28 – 1.50 %• Carbon : Nitrogen 14-15 : 1 %• Calcium 3.0 – 4.5 %• Magnesium 0.4 – 0.7 %• Sodium 0.02 – 0.30 %• Sulphur Traces to 0.40 %• Iron 0.3 – 0.7 %• Zinc 0.028 – 0.036 %• Manganese Traces to 0.40 %• Copper 0.0027 – 0.0123 %• Boron 0.0034 – 0.0075 %• Aluminium Traces to 0.071 %• Cobalt, Molybdenum Present in available form
2. Vermicompost = Hasil baja yg dihurai/kompos dari sisa buangan organik dgn menggunakan cacing pengomposan sebagai agen pengompos. Ia seharusnya terdiri dari lebihkurang 85% Vermicast dan 15% sisa buangan organik yg telah mengompos.
Organisma berfaedah ada dimana2 & ianya penting sebagai salah-satu agen penghurai/pengompos (terutama sekali lactobacillus), malah, ianya saling bekerjasama dgn cacing dlm sistem vermikompos. Cacing cuma akan makan jika sisa itu separa reput dan Cacing akan makan media berserta mikrob sekali utk bantu penghadaman.
Oleh kerana mikrob berfaedah tertentu, sistem penghadaman cacing berupaya mensterilkan apa jua bahan mereput termasuk beberapa pathogen2 yg sgt merbahaya kpd manusia.
Dari persekitaran sistem vermikompos, ianya unik dimana mikrob berfaedah akan mula membiak mulai dari tahap “pre-kompos”. Disarankan guna EM.1 di peringkat “pre-kompos” utk mempercepatkan jangkamasa penghuraian dan menambahnilai mutu baja secara menyeluruh. Kelembapan vermikompos yg telah matang, harus dikekalkan minima 12% utk menampung bio-diversity mikroflora & mikrofauna dlm Vermikompos.

Vermikompos ( baja organik cacing)
Baja organik kotoran cacing tidak menyebarkan bau, bersih dari kotoran maupun serangga. Baja yang terhasil dari kotoran cacing ini sangat baik untuk tanaman sayuran, tanaman tahunan, buah-buahan dan tanaman hiasan. malahan merupakan baja organik yang mesra alam.
fakta Penggunaan vermikompos berbanding baja kimia adalah 1:3. Artinya 1 kg vermikompos bersamaan3 kg baja kimia.
Dalam proses pembuatan baja, diperlukan sisa kotoran lembu atau kerbau. Kemudian cacing ditaburkan di bahagian atas kotoran tersebut dan dibiarkan selama dua minggu. Selama itulah terjadi proses pembuatan baja, cacing mengubah kotoran yang tadinya berwarna kehijauan menjadi kehitaman.
Apabila cacing meninggalkan media kotoran maka prosesnya sudah selesai. Kemudian dikeringkan.Baja yang sebenarnya adalah kotoran cacing yang berbentuk butiran, berserat dan berwarna kehitaman.Kebaikan kegunaan baja organik kotoran cacing adalah baja ini dapat meneutralkan lebihan asid tanah dan menjadikan tanah lebih gembur. Tanah juga tidak cepat padat seperti halnya kalau memakai tinja haiwan.
Vermikompos
#Baja Vermikompos adalah baja organik yang mengandungi NPK yg mudah diserap (phyto-soluble) oleh pokok, trace element, mikrob berfaedah (nitro & phoshobactors), asid humic / fulvic, ph neutral, pest repellant semulajadi, penggalak pertumbuhan/buah dll.
Aplikasi vermikompos dalam tanaman:# utk sayur dedaun guna 200g/m persegi (apply 60%-70% during plough, apply balance when young shoot sprout after 2 weeks)# utk sayur berbuah jangka panjang guna 200g/m persegi (apply 60%-70% during plough, apply balance when young shoot sprout after 2 weeks). Kemudian 100g/m persegi (apply thereafter bi-monthly as carrier fertilizer)
Faktor penjimatan / keuntungan penggunaan Vermikompos:# kurang pembajakan antara musim# kurang masalah perosak# pertambahan pengeluaran hasil# mutu rasa & ketahanan hasil (rasa crunchy & shelf-life lebih lama)# penjimatan dari segi pengurangan penggunaan baja setelah musim ketiga apabila tmutu tanah sudah dapat dipulihkan kerana vermikompos memulihkan tanah agar pokok dapat menyerap nutrien dengan lebih efisien.

0 comments:


Beri Sekali terima banyak kali dengan E-Jariah.Net!!Klik disini untuk memulakannya!!

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP