INFO
>> Wednesday, December 2, 2009
INFO - Cacing & Medium?
Terdapat pelbagai kaedah menternak cacing, antaranya melalui sistem palong, sistem rak bertingkat, dan bekas-bekas plastik. Ramai penternak memilih sistem palong simen/kayu kerana ia boleh menampung jumlah cacing yang banyak. Melalui kaedah rak bertingkat, ia digunakan secara praktikal untuk penternakan di dalam rumah kerana ia tidak memerlukan ruang yang besar.
Secara asasnya, bahan paling utama dalam bidang penternakan cacing ialah makanannya/medium. Cacing hidup dalam makanannya. Selain daripada makanan asas, makanan tambahan juga boleh diberikan seperti bahan yang mudah reput iaitu, kulit buah-buahan, nasi, kertas, jerami padi, sabut kelapa, batang pisang, daun-daun kering dan banyak lagi.
Jenis cacing tanah yang boleh diternak1. Cacing merah (Red Worm) 2. Cacing Harimau (Tiger worm)3. African NIght Crawler4. Cacing Biru (Blue Worm)5. Diplocardia
MediumMedium diperbuat daripada campuran kotoran haiwan. Biasanya ramai yang memilih campuran kotoran lembu/kambing dengan habuk kayu/sabut kelapa. Medium tidak boleh terlalu kering dan terlalu basah. Sedikit kelembapan sudah cukup untuk cacing memdiami di dalamnya.
Bekas dibuat lubang untuk pengaliran udaraSecara asasnya, bahan paling utama dalam bidang penternakan cacing ialah makanannya/medium. Cacing hidup dalam makanannya. Selain daripada makanan asas, makanan tambahan juga boleh diberikan seperti bahan yang mudah reput iaitu, kulit buah-buahan, nasi, kertas, jerami padi, sabut kelapa, batang pisang, daun-daun kering dan banyak lagi.
Jenis cacing tanah yang boleh diternak1. Cacing merah (Red Worm) 2. Cacing Harimau (Tiger worm)3. African NIght Crawler4. Cacing Biru (Blue Worm)5. Diplocardia
MediumMedium diperbuat daripada campuran kotoran haiwan. Biasanya ramai yang memilih campuran kotoran lembu/kambing dengan habuk kayu/sabut kelapa. Medium tidak boleh terlalu kering dan terlalu basah. Sedikit kelembapan sudah cukup untuk cacing memdiami di dalamnya.
Medium dikeringkan selepas direndam untuk menghilangkan ubat daripada habuk kayu.
Medium yang sudah kering dimasukkan ke dalam bekas.
Cacing merah ditimbang sebelum dimasukkan ke dalam bekas.
Bekas yang mempunyai cacing sedia untuk disimpan.
Rak bertingkat untuk penyimpanan bekas
0 comments:
Post a Comment