INFO

>> Wednesday, December 2, 2009

INFO - Cacing & Medium?

Terdapat pelbagai kaedah menternak cacing, antaranya melalui sistem palong, sistem rak bertingkat, dan bekas-bekas plastik. Ramai penternak memilih sistem palong simen/kayu kerana ia boleh menampung jumlah cacing yang banyak. Melalui kaedah rak bertingkat, ia digunakan secara praktikal untuk penternakan di dalam rumah kerana ia tidak memerlukan ruang yang besar.
Secara asasnya, bahan paling utama dalam bidang penternakan cacing ialah makanannya/medium. Cacing hidup dalam makanannya. Selain daripada makanan asas, makanan tambahan juga boleh diberikan seperti bahan yang mudah reput iaitu, kulit buah-buahan, nasi, kertas, jerami padi, sabut kelapa, batang pisang, daun-daun kering dan banyak lagi.
Jenis cacing tanah yang boleh diternak1. Cacing merah (Red Worm) 2. Cacing Harimau (Tiger worm)3. African NIght Crawler4. Cacing Biru (Blue Worm)5. Diplocardia
MediumMedium diperbuat daripada campuran kotoran haiwan. Biasanya ramai yang memilih campuran kotoran lembu/kambing dengan habuk kayu/sabut kelapa. Medium tidak boleh terlalu kering dan terlalu basah. Sedikit kelembapan sudah cukup untuk cacing memdiami di dalamnya.
Bekas dibuat lubang untuk pengaliran udara
Medium dikeringkan selepas direndam untuk menghilangkan ubat daripada habuk kayu.
Medium yang sudah kering dimasukkan ke dalam bekas.
Cacing merah ditimbang sebelum dimasukkan ke dalam bekas.
Bekas yang mempunyai cacing sedia untuk disimpan.
Rak bertingkat untuk penyimpanan bekas

Read more...

Definisi cacing

Definasi Cacing
Apa itu cacing?
Cacing ialah sejenis haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang (Invertebrates) dan telah digunakan oleh manusia sejak dahulu kala lagi. Ia digunakan bukan sahaja untuk umpan memancing, tetapi digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit dan memperbaiki suara agar lebih halus oleh nenek moyang kita dahulu. Kini, dengan wujudnya penerokaan di dalam bidang bioteknologi, haiwan ini menjadi tumpuan untuk dijadikan pelbagai produk pertanian dan perubatan yang boleh digunakan oleh manusia.
Di negara-negara luar seperti Australia, Jepun, China dan Taiwan, mereka telah meneroka jauh bidang penternakan dan penghasilan produk berasaskan cacing. Di Malaysia, industri/bidang ini masih baru dan ianya mempunyai potensi yang tinggi untuk dibangunkan.
Kegunaan Cacing:
1. Agen penyubur tanahCacing menembusi tanah, secara tidak lansung memberi ruang pengudaraan yang baik kepada tanah. Seterusnya hasil kotoran cacing mempunyai zat yang membantu menyuburkan tanah.
2. Memelihara dan memperbaiki struktur tanah
3. Pemusnah sampah organik Cacing boleh menjadi pengurai yang baik kepada sampah organik. Hasil kotoran cacing akan dijadikan baja kepada tanam-tanaman.
4. Bahan makanan kepada haiwan ternakan lain Cacing dijadikan bahan makanan kepada ikan, ayam, burung dan lain-lain dalam bentuk pallet.
5. Produk ubat-ubatan & kecantikan Cacing kini diekstrak dan diformulakan untuk dijadikan ubat-ubatan dan barangan kosmetik.
6. Makanan kepada manusiaDi negara luar seperti Filipina, cacing dijadikan makanan di dalam beberapa jenis masakan kegemaran mereka.
Spesis cacing
Terdapat 1800 spesis cacing yang dikenalpasti dan hanya 9 jenis yang sesuai dikomersialkan dan hanya 5 jenis yang sesuai di ternak di Malaysia iaitu:
1. Cacing merah (Red Worm) 2. Cacing Harimau (Tiger worm)3. African NIght Crawler4. Cacing Biru (Blue Worm)5. Diplocardia

Read more...

Sasaran Syarikat

>> Tuesday, December 1, 2009

Cadangan & Sasaran Counter Global Ent.

Sasaran:
Pengeluar baja organik yang terulung di wilayah utara Malaysia.
Mewujudkan perkongsian pintar diantara lain-lain pengusaha dan bakal pengusaha.
Melahirkan pengusaha-pengusaha berskala kecil dibawah naungan syarikat.
Melebarkan rangkaian pengusahaan penternakan cacing, pengeluaran baja (organik) secara berkelompok.
Dengan mewujudkan rangkaian pengusaha dan penternak syarikat mencadangkan pengwujudan industi-industri hiliran yang bersangkutan dengan keperluan pengusaha dan penternakan.
Merealisasikan:
· syarikat pada masa kini telah pun menjalankan program yang disasarkan dan sasaran pertumbuhan amatlah menggalakkan.
· Jesteru itu, syarikat mengambil langkah proaktif iaitu dengan mewujudkan satu sistem untuk dijadikan modul yang lebih efisyen.
- Mewujudkan unit kursus dan latihan.
- Mewujudkan pusat pengumpulan baja organik.
- Mewujudkan pusat pembiakan cacing.
- Dan diikuti dengan latihan-latihan susulan peringkat asas seperti:
- kursus asas perniagaan
- kursus asas pengurusan
- kursus asas kewangan.
- Kursus asas pemasaran.
-Kursus inovatif dan kreatif.
-Kursus asas nilai tambah produk.

Read more...

ini adalah contoh rumah cacing menggunakan sistem bertingkat:










Read more...

Ternakan cacing komposUtk makluman Cacing Harimau (Tiger Worm / Eisenia Foetida) adalah salah-satu species cacing yg tergolong didlm kumpulan cacing kompos / pengomposan. Selain itu beberapa spesies yg sesuai digunapakai utk industri Vermikultur / Vermikompos dlm keadaan negara Malaysia termasuk:1. Cacing Merah (Red Worm / Lumbricus Rubellus).2. African Nightcrawlers / Eudrillus Eugeniae.
3. Pheretima Elongata.4. Cacing Biru (Blue Worm / Perionyx Excavatus).
Setiap satu spesies di atas ada kebaikan / kelemahan yg perlu diambilkira bergantung atas objektif sebenar masing2.
Contoh Bekas untuk menternak cacing kompos adalah 15 kakiX 60 kaki untuk skala besar.
Makanan bagi cacing ternakan adalah semua jenis sisa organik i.e. sisa kandang, sisa pertanian, sisa dapur, sisa industri dll asalkan ianya organik boleh diguna-pakai & dimanfaatkan sebagai bahan makanan dlm sistem Vermicomposting. TETAPI, setiap satu perlu diSTABILKAN.
Sisa makanan TIDAK SEMESTINYA membiakkan ulat. Kalau lalat mula bertelor & membiak bermakna sistem sdr:1. Terlalu basah.2. Berbau busuk.3. Masam / Acidic pH rendah dll.
Kalau media terlalu basah ia akan menjadi “anaerobic” (tidak beroksigen) dan menggalakan bakteria penghurai nitrogen (anaerobic microbes) dan mengakibat fermentasi kpd sisa buangan tsb. Bau busuk itu adalah ammonia yg dikeluarkan hasil penghuraian nitrites.
Cadangan cara mengatasinya:1. Kawal kelembapan media – kalau terlalu basah, taburkan & gaul “bulking agent” spt kertas carik (shredded paper), habuk sabut kelapa (cocopeat) dsb utk menyerap kelembapan.2. Sistem perlu ditutup dengan jaring halus utk mengelakkan lalat & perosak2 lain.3. Makanan diletakkan cuma di permukaan shj utk mengelakkan fermentasi. Jangan dibenamkan dlm media.4. Jgn beri makan terlalu berlebihan (overload). Jumlah makanan seharusnya seimbang dgn jumlah cacing.
Walaubagaimanapun, cara utk skala kecil2an dan skala besar agak berbeza bergantung kpd keadaan setempat.
Dari dlm rumah (sisa dapur):1. Lebihan sayur dedaun & kulit buah2an (di bilas dulu – elakkan sisa bahan kimia. elakkan kulit limau)2. Lebihan Nasi (di bilas dulu – jgn bercampur minyak / kari / sambal dll)3. Hampas teh & kopi. Ni favourite dia (di bilas gulanya dulu – elakkan semut)4. Kulit telur yg di hancur halus.5. Lebihan roti walaupun dah berkulat, pizza dll (hati2 jgn terlalu banyak kerana ia akan “menapai” dan “panas”)6. Tisu terpakai yg telah guna lap mulut.7. Kertas bungkusan (jgn berminyak)
Dari luar rumah (sisa laman):1. Dedaun & rumput kering (kalu boleh dicarik dulu. Lebih kecil lebih baik)2. Dedaun & rumput hijau (hati2 jgn terlalu banyak kerana ia akan “menapai” dan “panas”)3. Buah2an yg luruh & rosak.
Dari pejabat:1. Kertas yg dicarik (elakkan yg berwarna & dicetak dgn “inkjet”)2. Tisu terpakai yg telah guna lap mulut.
Dari persekitaran berdekatan kita (sambil2 kita berulang-alik):1. Hampas tebu, pisang dll dari warung2 (di bilas gulanya dulu – elakkan semut & getah).2. Sisa sayur2an, buah2an dll dari pasar, kedai runcit dll.3. Kalu di utara mungkin mudah mendapatkan Jerami padi dll.
Kalu boleh bahan2 ini dikumpul setempat dan dikomposkan sedikit agar ia “menapai” dulu dan tidak panas bila diberi makan ke cacing.
Nota: sesuai digunapakai utk SKALA KECIL ya. Jika SKALA MENENGAH ATAU BESAR caranya agak berlainan.
Langkah pencegahan hama di dalam medium ternakan cacing:
beberapa kaedah telah dicadangkan untuk memerangi hama dari bermaharajalela di dalam media.. perlu diingat bahawa apa jua cara untuk memerangi hama, mahupon menggunakan kimia atau fizikal cuma memberikan kesan sementara.. melainkan kaedah penjagaan yang tersangat rapi untuk mengawal hama..
1- dedahkan media kepada cahaya matahari untuk beberapa jam. kurangkan penyiraman dan pemberian makanan.. hama benci keadaan sedemikian lantas meniggalkan media..
2- letakkan surat khabar lembap di atas media dan buang setelah dapat diperhatikan hama banyak mengerumuni surat khabar tersebut.. ulangi langkah ini hingga populasi hama dapat dikawal
3- letakkan hirisan tembikai, sengkuang atau ubi di atas media.. hama suka dengan kemanisan kulit dan hirisan buah tersebut lantas mengerumuninya.. kemudian hirisan kulit atau buah itu bolehlah dibuang atau ditanam.
4- siram air banyak banyak tapi jngan sampai banjir.. hama akan lari ke permukaan, manakala cacing pula akan lari kedalam.. lepas tu gunakan penunu bunsen dan bakar permukaan media tersebut.. kaedah ini boleh diulangi beberapa kali, selang 3 hari jika perlu.
5- gunakan buah limau sunkiss.. hama selain suka pada keadaan manis, ia juga sangat menggemari buah yang masam.. kaedah seperti kaedah ke-3
Sumber : Afzal Agrical Agrotech
Vermicomposting ni adalah salah-satu cabang dari composting science. Utk mengetahui secara mendalam kena kaji secara ilmiah:1. Vermicast = 100% tahi cacing
Mempunyai nilai pH antara 6.5-7.5
Kandungan vermicast…
• Organic Carbon 20.43 – 30.31 %• Nitrogen 1.80 – 2.05 %• Phosphorus 1.32 – 1.93 %• Potassium 1.28 – 1.50 %• Carbon : Nitrogen 14-15 : 1 %• Calcium 3.0 – 4.5 %• Magnesium 0.4 – 0.7 %• Sodium 0.02 – 0.30 %• Sulphur Traces to 0.40 %• Iron 0.3 – 0.7 %• Zinc 0.028 – 0.036 %• Manganese Traces to 0.40 %• Copper 0.0027 – 0.0123 %• Boron 0.0034 – 0.0075 %• Aluminium Traces to 0.071 %• Cobalt, Molybdenum Present in available form
2. Vermicompost = Hasil baja yg dihurai/kompos dari sisa buangan organik dgn menggunakan cacing pengomposan sebagai agen pengompos. Ia seharusnya terdiri dari lebihkurang 85% Vermicast dan 15% sisa buangan organik yg telah mengompos.
Organisma berfaedah ada dimana2 & ianya penting sebagai salah-satu agen penghurai/pengompos (terutama sekali lactobacillus), malah, ianya saling bekerjasama dgn cacing dlm sistem vermikompos. Cacing cuma akan makan jika sisa itu separa reput dan Cacing akan makan media berserta mikrob sekali utk bantu penghadaman.
Oleh kerana mikrob berfaedah tertentu, sistem penghadaman cacing berupaya mensterilkan apa jua bahan mereput termasuk beberapa pathogen2 yg sgt merbahaya kpd manusia.
Dari persekitaran sistem vermikompos, ianya unik dimana mikrob berfaedah akan mula membiak mulai dari tahap “pre-kompos”. Disarankan guna EM.1 di peringkat “pre-kompos” utk mempercepatkan jangkamasa penghuraian dan menambahnilai mutu baja secara menyeluruh. Kelembapan vermikompos yg telah matang, harus dikekalkan minima 12% utk menampung bio-diversity mikroflora & mikrofauna dlm Vermikompos.

Vermikompos ( baja organik cacing)
Baja organik kotoran cacing tidak menyebarkan bau, bersih dari kotoran maupun serangga. Baja yang terhasil dari kotoran cacing ini sangat baik untuk tanaman sayuran, tanaman tahunan, buah-buahan dan tanaman hiasan. malahan merupakan baja organik yang mesra alam.
fakta Penggunaan vermikompos berbanding baja kimia adalah 1:3. Artinya 1 kg vermikompos bersamaan3 kg baja kimia.
Dalam proses pembuatan baja, diperlukan sisa kotoran lembu atau kerbau. Kemudian cacing ditaburkan di bahagian atas kotoran tersebut dan dibiarkan selama dua minggu. Selama itulah terjadi proses pembuatan baja, cacing mengubah kotoran yang tadinya berwarna kehijauan menjadi kehitaman.
Apabila cacing meninggalkan media kotoran maka prosesnya sudah selesai. Kemudian dikeringkan.Baja yang sebenarnya adalah kotoran cacing yang berbentuk butiran, berserat dan berwarna kehitaman.Kebaikan kegunaan baja organik kotoran cacing adalah baja ini dapat meneutralkan lebihan asid tanah dan menjadikan tanah lebih gembur. Tanah juga tidak cepat padat seperti halnya kalau memakai tinja haiwan.
Vermikompos
#Baja Vermikompos adalah baja organik yang mengandungi NPK yg mudah diserap (phyto-soluble) oleh pokok, trace element, mikrob berfaedah (nitro & phoshobactors), asid humic / fulvic, ph neutral, pest repellant semulajadi, penggalak pertumbuhan/buah dll.
Aplikasi vermikompos dalam tanaman:# utk sayur dedaun guna 200g/m persegi (apply 60%-70% during plough, apply balance when young shoot sprout after 2 weeks)# utk sayur berbuah jangka panjang guna 200g/m persegi (apply 60%-70% during plough, apply balance when young shoot sprout after 2 weeks). Kemudian 100g/m persegi (apply thereafter bi-monthly as carrier fertilizer)
Faktor penjimatan / keuntungan penggunaan Vermikompos:# kurang pembajakan antara musim# kurang masalah perosak# pertambahan pengeluaran hasil# mutu rasa & ketahanan hasil (rasa crunchy & shelf-life lebih lama)# penjimatan dari segi pengurangan penggunaan baja setelah musim ketiga apabila tmutu tanah sudah dapat dipulihkan kerana vermikompos memulihkan tanah agar pokok dapat menyerap nutrien dengan lebih efisien.

Read more...

Produk

>> Monday, November 30, 2009

Read more...

Baja Vermikompos

Baja Vermikompos









Baja Vermikompos adalah baja organik yang mengandungi NPK yang mudah diserap (phyto soluble) oleh pokok, trace element, microb berfaedah (nitro & phoshobactors), asid humic/fulmic, ph neutral, pest repellant semulajadi, penggalak pertumbuhan/ buah dan lain-lain lagi.

Baja Organik ini terhasil daripada kotoran cacing yang tidak menyebabkan bau busuk, ianya bersih daripada kotoran mahupun serangga. Baja yang terhasil daripada kotoran cacing ini sangat baik untuk tanaman sayuran, tanaman tahunan, buah-buahan dan juga tanaman hiasan (pokok bunga) serta boleh dikatogerikan sebagai baja yang mesra alam










Faktor penjimatan/ keuntungan penggunaan vermikompos

  • kurang pembajakan antara musim
  • kurang masalah serangga perosak
  • pertambahan hasil pengeluaran
  • pertambahan mutu & rasa (rasa crunchy & shelf-life lebih lama)
  • penjimatan penggunaan baja setelah musim ketiga apabila mutu tanah dapat dipulihkan kerana vermikompos berfungsi memulihkan tanah agar pokok dapat menyerap nutrien dengan lebih efisyen lagi.

Read more...

Beri Sekali terima banyak kali dengan E-Jariah.Net!!Klik disini untuk memulakannya!!

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP